Cerita Hidup Gadis Ceria

Thursday, February 25, 2010

Malam Pertama

Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)

Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad. Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".

"oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!" Moral cerita: Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..


p/s: Sorry ye aku post benda mcm ini..tapi lawak sungguh..Benda ni aku amik dari web perkahwinan.com..ingt nk survey warna2 cantik nk wat tema..alih2 terbaca coretan ngarut ni..

Tuesday, February 23, 2010

Fever Musim

Janji telah dimungkiri dalam entry ini....

hehe...ingtkn cuti tahun baru cina ni dapatla tenangkan fikiran kat tepi laut ke tepi air terjun ke tepi hutan ke...tapi akhirnya aku ditenangkan oleh pil2 dari klinik an-nur (demam, pening,batuk,flu)..kah3..dah lama tak demam, musim kering panas skrang nh mmg bertambah2 lah rezeki klinik2 pasal ramai sgt yg jatuh sakit. but that's not the point....the point is sume plan time cuti terpaksa dibatalkan akibat antibodi yang sangat lemah..so..no air terjun pics la ye,xdapat den tayang my sexy body....dalam dok terlantar kat umah elyza sempat jugak aku jengahkan kaki ke BP mall dan beli DVD best2,jadi aktiviti cuti adalah menonton DVD bersama en..errrr miss elyza...he2...Meh la aku penuhkan entry kali ini dgn mengulas sikit cerita yang aku tgk...

900 pm -1030 pm (lebih kurang...)
1) Drag me to hell ..harga = rm9.90

1) Antara scene yang wat aku menjerit..makcik gila psycho kuat macam tooottt

Masa cerita ni kuar kat wayang, aku mmg teringin nk tgk akibat die tulis pengarah dari filem spidermen...aku kan naive, so..mmg mudah terpedaya..
Cerita ni menggunakan sound effect yang sgt kuat, biase la nak bagi pmpuan innocent n 'lemah lembut' mcm aku ni menjerit..kah3. akibatnya...2-3 kali gak la makcik Sumiah hairan lantas tanya "dik, cerita ape yang kitorg tgk tu?"hahhahah....tapi tu je la kot yang bestnya ttg cerita nh..nak kata jalan cerita kuat..urm...tak jugak..nasib ade si JUSTIN LONG yang agak manis dan sweet boyfriend walaupun ending movie ni macam tttuuuuttttt...sian heroin...

Moral : Don't expect too high for english horror film

1030pm - 1050pm
(tukar mood lepas frust ngan 1st movie) it's love mood..yay!!
2) love at the 7 sight (ye ke??) starring Mike He and heroin psycho

kira2 dah setengah jam tgk movie ni and mulut pengkritik (lyza n aku) asyik berbunyi je membincangkan tentang heroin yang tak bape nak lawa pastu buat sweet ngan stranger which is really offense me till the end...akhirnya aku bersuara.."lyza, nanti ko tgk je la ceriter ni time ko bosan2..xbest sgt" <-lebih kurang la....bapak bosan, nasibaik la Mike He tu ensem..keh2..kalo x bersepai.....dari jalan cerita yg konon2nya nak do things and enjoy your life to the fullest tu..Ak dapat rase yang pempuan tu akan mati..what a relief!!

2) Okeh..ni la gambar heroin muka psycho tu...pape Mike He tetap menjadi pujaan

Moral: Jangan tengok heroin yang muka agak2 ala2 pucat mcm pontianak..mmg xbest plus da bole bace ending..cuba dari awal cerita mekap yang ceria2...tapi akhirnya mati, at least aku akan tgk 3/4 daripada movie tu..hahaha


1115pm - 300am
3) Mood Love lagi..YAY!!!
500 days of Summer....harga (RM 15.90)

3) Jumpe plak poster yang sangat sweet nh...
Movie nh rekomen dari fairuz a.k.a mamau..Thank you sooooo muchhhh..every single and love searcher should watch this movie...aku mmg suke la cerita nh..kalau korang perasan, sampai pukol 3 pagi aku ngan elyza masih membincangkan cerita cinta ini..Funny and Intelligent story..mmg best setanding She is really not into you (fav movie jugak) Ia menyedarkan aku diakhir cerita yang "orang yang kita anggap adalah destiny tak semestinya ditakdirkan utk kita...mungkin ada orang lain yang sedang memerhatikan kita tapi kita tidak nampak akibat terlalu buta kepada destiny yang kita cipta sendiri"

Moral: Hero dan Heroin sangat hensem dan natural..WAJIB TONTON! kalau nk pinjam dvd pn bole..call me ye!

sekian...
p/s: malas nk cantikkan entry ngan gambar2, edited post: aku tambah gambar sbb mmg buruk entry tanpa gamba...

Friday, February 12, 2010

Happy CNY

Happy Chinese New Year in advance..

Mmg best la dok kat Malaysia ni..AMAN. TENANG. UNIK. MULTI RACIAL. dan banyak lagi, tapi paling best adalah cuti raya cina kali ni la...cantik hari dan waktunye..he3.

Ingt x post part yang aku pening takot xdapat cuti seminggu raya cina nh??xingt pn xpe la, yang penting perkara tu setel bila aku dapat mail cakap meeting ditundakan..TQ kepada pihak prihatin. Ptg ni da bole cabut balik Keratong dan bergumbira. Best woo...

Holiday kali ni nk p Air Terjun Bekok, kalo jadi la..destinasi kali ini bole masuk rancang Destinasi Budget pasal, tempatnya dekat dengan umah bestfren so no accommodation expenses needed. nanti aku update entry pasal air terjun tu. Lepas tu aku akan turun JB utk lepaskan rindu yang tak berapa nak lepas during last time visit. setakat makan ayam penyek je..not good enough, this time nk suruh lyza bawak sampai Danga Bay and CS (favorite mall masa kt U)

K..ini entry utk 1 whole week..Adios and Happy holiday!!
p/s: utk kaum Cina: GONG XI FA CHOI <-kenangan limau mandarin dgn jiran sebelah umah

1) Gambar limau ni bukan yang jiran sebelah bagi..manis dan besar :)


Wednesday, February 10, 2010

Demam Calories



Cekodok.com | Your Malaysian Food Calorie Database <- tekan link utk kira calori makanan

today i found this special Malaysian Food Calorie counter which is superb and easy for us to use it..hope it will help other people who are weight conscious...I'm totally freak out by my weight gain in the past 10 years..ha3. Hope you enjoy the web and try to eat and live healthy..Love your lifeee~(hallmarks new theme)


1) Ni gambar calorie yg patut aku amik kalo nak mantain berat badan skang. Kalau nk lose some weight kena cut 500 cal/day. MAMPOS!!..Bole kira anda punye sendiri dengan tekan sini

Minggu ni adalah minggu berat badan, di mana miss SARAH LAILA makan skit je nasi berbanding minggu2 lain. Sekarang da masuk 1 bulan berjaya menghabiskan air sebanyak 2 liter every day..hebat kan...nk tiru supermodel kenalah ikot regime dorg walopun tahu takkan tercapainya impian sunsilk tu...kah2.."i'm doing lame joke..again..."

Selepas pergi consultation kat May Fair ari jumaat lepas, keinsafan utk kurus tiba dgn mencanak2. Amoi tu siap cakap, "saya tahu mana tempat yang awak risau....". Dlm ati aku ckp" siot amoi ni....."aku terus potong amoi tu dan cakap "saya risau tangan saya" pastu boleh die tanye lagi????kah3. nmpk sgt byk tempat kena risau...last2 die pn sambung ayat die yg aku potong td "perut kaaaannnn~,saya tgk awak pakai baju pun saya tau.." Hampagas punye amoi, dah la aku 2x pusing baru jumpa tempat tu..perkara menghairankan aku semasa dalam kedai ialah..ramai gak customer kuar masuk salun kecantikan tu..patut la die biar aku tunggu die lama..maklumla..aku nh datang atas dasar kupon. Bayar rm29.90 dapat 4 percuma cupon.

Okie dokie..malas da nak mengarut..papehal aku mmg da terkena ngan amoi tu bila aku kuarkan rm50 utk rawatan lemak nanti..gah3. siap ko kalo aku tak turun berat badan...ADIOS

Thursday, February 4, 2010

Hey Ladies!

Kali ini tajuk entry ni berkaitan dengan lagu yang tgh main dkat media playlist aku..Nak ulas lebih2 pn aku xde idea nak ingatkan wanita kat luar sane. So skip the crap and go to rubbish talk.

Kat bilik aku sekarang ni kerja2 pendawaian utk dapat aircond baru sedang berlangsung. tiba2 aku rasa aku kena berlakon jadi rajin sebab tgk para pekerja sangat berdedikasi membuat kerja. Ada sedikit rasa simpati dan harap mereka dapat bayaran setimpal dengan kerja yang mereka lakukan. Sungguh rasa macam tak berbaloi pulak gaji lebih banyak dari usaha. Rasa hendak tingkatkan diri dengan berfikir..semoga buah fikiran juga dikira dalam bayaran gaji. ha3. nak sedapkan hati. pening2.

1) X-ray kepala aku ni..kah3

Benda malang plak berlaku selepas makmal. Kunci Bilik HILANG!!!! aduyai....sekali ngan kunci rumah plak tu..mcmane boleh misplaced ni..ralat sungguh rasanye..dapat jugalah exercise sampai peluh2 time mencari kunci tadi. Hati rasa tak tenang. takot menyusahkan orang lain. Banyak kesan dan tindakan kene buat ni. pening2.
1) Bukan gambar kunci sebenar. Tiada gambar kenangan bersama kunci2 dan kunci rantai "Bandung" yg Cik Mardiah kasik..Aisey..harap lab assitant dpt jumpa...

Plan utk bercuti pada raya cina ni dah huru hara. tapi malas nk fikir..janji kita enjoy!!!Lame lagi, banyak benda leh jadi dlm masa 2minggu nh..sbb tu aku tak apply cuti lagi. aku harap ada pihak tertentu yang akan ubah tarikh meeting masa raya cina tu tapi tengok gaya mcm kena teruskan je. kalau tak pegi meeting tu, nanti takde keje plak. bila org bagi keje, aku sibuk2 nk cuti. Jadi tahun ini, tak mau jadi sellfish..pening2.

pesanan pening: Bila terbaca status facebook orang yang kita tak suka tambah pening.

latest update: mmg tinggl kt makmal kunci tu..pasni nk tangkap gambar same2..kurang 1 pening kepala

Tuesday, February 2, 2010

Love Month

Saje wat tajuk comel mcm tu...maklum le bulan Febuari da masuk, bila nilai semula kerajinan diri menulis blog bulan lepas..Hati kecil cakap "still not good enough". Atas teguran kawan2, aku ubah gaya penulisan yang lebih santai ye!

Tepat jam 10.04am, aku terus dail nombor Mayfair outlet Kuantan utk booking treatment. Mayfair??? Ade plak yang tak kenal, alah..butik kecantikan yang taja rancangan impian Anggun tu (TV 3, 7.30pm). Aku ni kategori perempuan yang obses dengan kecantikan. Fesyen. Dunia hiburan. Kalau part kena tipu ngan produk2 kecantikan ni, akulah antara mangsa tetap. Benda paling tak boleh ingat time degree di UTM SKudai dulu, bayangkan aku berjaya ajak kawan karib tersayang pegi salun cina pastu daftar utk 10 kali rawatan (rm500). Kami dikehendaki bayar RM 250 sorang, so..sorg dpt 5 treatment, dah la kedai jauh dgn U dekat area bandar baru uda. Baki treatment ade lagi 1kali kami xsempat pergi sebab kedai tu dah pindah kt Nusa Bestari..lagi jauh nk pegi, kene amik teksi plak. Hahaha. Naive tol aku, terlampau gila dgn salun kecantikan cina ni. kali ni aku berazam tidak akan mengulangi kesilapan yang sama masa belajar tapi telah berjaya habiskan duit gaji dengan beli produk muka mahal. Mcm same je.


Part fesyen tu..bukannya aku ni trendy sangat pun. Cume aku suka tgk icon2 fesyen dunia luar (Nicole Richie dan Kate moss) dan dunia aku sendiri (senior2 sekolah). Kebanyakkannya tak pakai tudung punye org la. sebab tu aku ni tak pandai berfesyen ditambah pulak dengan saiz badan yang tak mengizinkan untuk fesyen lebih2. Mmg la byk magazine tulis pasal fesyen utk wanita rendah, gemuk, badan buah epal..But "i don't care la".bagi aku style korg buat tu still tak boleh setanding dengan style for those skinny bitch. Aku adore sungguh kat Nicole dan senior aku tu sbb dulu mereka same size atau besar dari badan aku sekarang dorg da buktikan yang semua org boleh jadi GORGEOUS ok!

Dunia Hiburan ini tak termasuk hiburan dari dalam negara. Bukannya ape, aku rase tak ada saingan sihat dan perkembangan sangat dalam dunia artis Malaysia. Semuanya tipikal, nk jadi artis benda yang takyah nk pelik adalah gaya hidup diorg. Muka mmg baik gila, maklum la pelakon. Kalau dah jadi penyanyi tu kalau boleh mesti pandai berlakon, so kalau tgk watak2 baik berjaya disampaikan oleh mereka ni, tak hairan lah sbb mereka mmg pelakon yang baik. Hiburan yang menjadi bahan kesukaan aku mestilah sekurang2nya mempunyai passport antarabangsa contohnya Japan, Korea, Great Britain, U.S.A. Pendek kata, Hiburan2 yang boleh buat aku kempunan nak tgk diorg live in Malaysia. Orang cakap genius ni ada 3 jenis; MUSIC, ART, MATHEMATIC....setakat ini, kat Malaysia ni baru ada 2 jenis, music dan art..tang music tu aku tak penah dengar lagi...

Makin panjang Makin laser Makin mengarut.