Cerita Hidup Gadis Ceria

Wednesday, July 28, 2010

Cari Makan..

Tetiba pagi tadi terase nak cube cari makan gune internet..wah, benarkah berlaku??hahhaa...bukan rakus cume nk tgk jadik ke tak..

Oleh itu rakan2 dan pembace setia, jangan buang masa lagi..Cube anda klik di mana2 iklan dibahagian tepi blog ini..pastu aku nk try tengok earningnye bape..wakakaka...berjayakah??

Kalo berjaya, nanti aku habaq mai..huhu~arigatou ne atas sokongan anda semua...hahha...

Tuesday, July 27, 2010

Ilmu Syaaban

Alhamdulillah..Hari ni aku berpuasa sempena Nisfu Syaaban..Kalau dl selalu lupe hari2 baik mcm ni unless kalau ade kawan2 ingatkan..This year, walaupun dah berkerja..dapat jugak merasa meraikan hari berkat yg dtg setaun sekali ni..

Pagi tadi bila aku tanye student2 aku, ramai yang tak tahu pn lagi separuh bulan Ramadhan akan menjelma..Biasela, aku rs dulu time belajar pn penah je aku tak herankan sangat pasal hari berkat ni, pastu tibe2 ramai je yg pose..rs nyesal pn xgune da time tu, bile perut da kenyang, nak2 xyah beratur panjang bayar mkanan..hehe..

Ni aku nak kongsikan ilmu buat kawan2 instead kita jd pak turut je:

Sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi s.a.w. memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Aisyah r.a. menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah s.a.w. sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada bulan Syaaban.''

Usamah bin Zaid pula menceritakan: Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti pada bulan Syaaban.'' Lalu baginda menjawab, Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa. (Riwayat Imam Ahmad dan Nasai).

Ni pulak mengenai Nisfu Syaaban:

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi, tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu Syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf daif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun, terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu Syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulama, walau ia telah didaifkan oleh sebahagian ulama lain. Hadis tersebut ialah: "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang yang saling membenci).'' (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (yang kadang-kadang ia seolah-olah diwajibkan) seperti kewajipan membaca Yasin sebanyak tiga kali, menunaikan solat-solat tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w.

Sumber2 ni adalah dari email sahabat aku time master dl, he2 email dah lame ni..aku pn ade confuse gak part2 bace yassin 3x tu, tapi buat jugak..huhu..makanya, aku rase tidak kira apa amalan sunat yang kita buat pada mane2 bulan Islam yang berkat asalkan niat dan kita ikhlas melakukannya, itu sudah mencukupi...jgn kita tergolong orang FASIK sudah ye..

p/s: peringatan utk diri sendiri...

Monday, July 26, 2010

Semangap sume!

Hari ini hari Isnin..Peratus blues Monday berkurang sebanyak 60% sbb aku kene ngaja kol 9..efektif sungguh methods ni, jadi semester depan nk mintak klas awal jugak la..baru bersemangat..Bak kate org tue2.."Kerja pagi2 la bagus, pintu rezeki terbuka besar"

Yosh!!Mari kita berusaha! Gambatte kudasai sume!

p/s: harap2 energy ni kuat sampai kol 2 kang..wakaka...~I'm still a slacker~ lallaalala

Thursday, July 22, 2010

Anime Cosplay

Mati aku..dah lame tak terjebak dgn dunia yg sangat jauh dar dunia nyata tapi disebabkan aku ni seorang yang tidak beretika semasa berkerja...aku kembali terjerumus...wawaaaa....:'( nk nangis tapi suka..

Sudah masuk hari ke-4 aku pulang lewat sbbkn perkara ni..aku men'streaming' anime dari pejabat..Oh no!!!!sangat kesal tapi inilah dikatakan live..without benda ni bertambah dull hidup aku, so why not aku tambah rempah sikit2....

Aku kini terjerumus dalam dunia anime dgn "guardian bearer" yang wataknya hampir same dgn diri aku (hahha, perasan!), tapi sekurang2nya hidup die jauh lebih seronok sbb die sangat kuat dan tabah..xmacam aku..kadang2 cengeng kt lyza bile tension....

Well, diam2 aku dah masuk episode 13, aku ingtkn da nk final..rupenye tidak.patutla banyak lagi persoalan yang tak terjawab laki2 mamat kucing "Ikuto-san" yang terlebih COOLnye..wakaka..setelah meneliti, rupe2nya anime ini masih belum habis ditayangkan..dah masuk episode 127..mampukah aku mengejar???Season baru aku start this august..Oh no!!!

Disebabkan aku terbaca spoiler dari forum anime ni..hehehe..betul jangkaan aku
:Ikuto + Amu: = LOVE

1) Sungguh aku xmenyangka watak korang seromatis ini dan banyak lagi gambar spoiler lain2..

Tengah2 aku mencari info dan sedikit spoiler utk episode yg akan datang..rupenye..watak2 dlm anime ni telah di cosplay kan..wah..sgt menarik!!!tibe2 rase nk search harga2 baju and special item dlm anime ni..wakaka...OK la nak balik dah...Ja ne

2) Kenape Ikuto ni xhensem??nasib la si Amu-chan sangat cute

3) Stupid pose for Amu and Utau.

Tuesday, July 6, 2010

Sayangi Ibu Anda


Hari ni masuk hari ke-2 semester baru bermula..Aku dah start rasa ter "demotivate", hairan sungguh...Kenape ntah..mungkinkah sbb nk datang bulan (citer kt astro prima)???
1) Dr Jamilah Muda (tokoh ibu paling mulia) Sayang mak forever
Today is my Beloved MOMMY punye birthday~ tepat jam 12 smlm aku dah wish, ingtkn xdelivered..bgn2 pagi tgk 1 massage received..rupenya Mdm Jem dah balas kol 1 am..rse bersalah plak ganggu tidur mak aku..hihi...

Kalo diberi peluang ke-2 utk hidup dalam dunia ni, aku tetap akan pilih mak aku sebagai ibu dan akan berusaha lagi utk jadik anak yang lebih baik berbanding sebelum ni..Maklum ler mase time TEEN dl, aku mmg selalu gaduh ngan mak pasal malas nk wat kerja dapur, terpecahkan mangkuk, terkasar bahasa kalo tgh marah dan macam2 perkara keji lain.

Peristiwa gaduh yang paling dasat yg aku ingt...Bulan Ramadhan time umur 16/17 aku xmau bukak pose sampai kol 9lebih, lepas tu sbb xtahan sgt pegi la bukak tudung saji dlm gelap..Tibe2 mak aku bukak lampu sambil peluk dari belakang..aku rs jahat sgt aku ms tu, agaknya mak dah nangis dah tgk perangai aku dulu...Sekarang, semakin tue, aku rase aku jauh lebih baik dari dulu dan lebih menghargai ibubapa aku...

Air mata mak yg paling sayu pernah aku tgk adalah semasa menghantar aku sekolah kt Taiping...Sampai je dekat depan pagar sekolah, aku mcm biase la excited dpt skolah jauh, tp aku tgk mata mak dah merah..die dah xbercakap banyak,biasenye adelah benda die bercerita..ms nk berckp tu...suare mak dah bergetar, air mata dah bergenang..adik dah ejek2 mak psl mak nk nangis..aku pun malas nk nangis (krisis remaja). Akhirnya setiap minggu aku akan telifon mak aku samada nk mintak duit psl nk outing ataupn aku tgh stress blaja..ekeke...Mom's voice is the best medicine (sampai tue ni pn aku masih nangis kat die kalo tension)

OK, emosi plak..hilang perkataan ter"demotivate"..paham2 je la bila entry bercelaru emosi ni..kompem 2-3 hari lg ni merah..HA3