Cerita Hidup Gadis Ceria

Tuesday, July 27, 2010

Ilmu Syaaban

Alhamdulillah..Hari ni aku berpuasa sempena Nisfu Syaaban..Kalau dl selalu lupe hari2 baik mcm ni unless kalau ade kawan2 ingatkan..This year, walaupun dah berkerja..dapat jugak merasa meraikan hari berkat yg dtg setaun sekali ni..

Pagi tadi bila aku tanye student2 aku, ramai yang tak tahu pn lagi separuh bulan Ramadhan akan menjelma..Biasela, aku rs dulu time belajar pn penah je aku tak herankan sangat pasal hari berkat ni, pastu tibe2 ramai je yg pose..rs nyesal pn xgune da time tu, bile perut da kenyang, nak2 xyah beratur panjang bayar mkanan..hehe..

Ni aku nak kongsikan ilmu buat kawan2 instead kita jd pak turut je:

Sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi s.a.w. memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Aisyah r.a. menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah s.a.w. sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada bulan Syaaban.''

Usamah bin Zaid pula menceritakan: Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti pada bulan Syaaban.'' Lalu baginda menjawab, Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa. (Riwayat Imam Ahmad dan Nasai).

Ni pulak mengenai Nisfu Syaaban:

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi, tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu Syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf daif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun, terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu Syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulama, walau ia telah didaifkan oleh sebahagian ulama lain. Hadis tersebut ialah: "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang yang saling membenci).'' (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (yang kadang-kadang ia seolah-olah diwajibkan) seperti kewajipan membaca Yasin sebanyak tiga kali, menunaikan solat-solat tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w.

Sumber2 ni adalah dari email sahabat aku time master dl, he2 email dah lame ni..aku pn ade confuse gak part2 bace yassin 3x tu, tapi buat jugak..huhu..makanya, aku rase tidak kira apa amalan sunat yang kita buat pada mane2 bulan Islam yang berkat asalkan niat dan kita ikhlas melakukannya, itu sudah mencukupi...jgn kita tergolong orang FASIK sudah ye..

p/s: peringatan utk diri sendiri...

No comments:

Post a Comment