Cerita Hidup Gadis Ceria

Thursday, February 25, 2010

Malam Pertama

Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)

Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad. Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".

"oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!" Moral cerita: Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..


p/s: Sorry ye aku post benda mcm ini..tapi lawak sungguh..Benda ni aku amik dari web perkahwinan.com..ingt nk survey warna2 cantik nk wat tema..alih2 terbaca coretan ngarut ni..

4 comments:

  1. sarah ko cari warna tema tuk ape ni. ko nak kawin dak ke!!

    ReplyDelete
  2. huahuahua...sarah.....bakpe censored nor citer nih...tapi memang klakar.....huhuhu

    ReplyDelete
  3. @Adihas: keh3..nk berangan jap time ofis..tu yg tibe2 memikir nk warna ape..hahhha..maklum le ramai benar kawan yg kawen lately ni....xdan nk jumpe mu time nana kawen ari tu..aku smpai ptg...

    @cikdibah: keh3..ringan kpale pas tampal benda nh..xyah tulih panjang2..

    ReplyDelete
  4. haha aku x gi pun wedding nana tu. patutla hanis ckp die x jumpe ko. ko smpai lambat rupenye

    ReplyDelete