Cerita Hidup Gadis Ceria

Tuesday, January 26, 2010

Mixed Mind and Weekend


1) Boria kelas 04 datang menghiburkan Majlis Persandingan Laila&Sofwan

Minggu lepas banyak perkara terjadi dalam masa 5 minit daripada 7hari. Bukannya terdapat banyak peristiwa tapi banyak perubahan. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui dan Menyayangi makhlukNya yang jahil dan lemah lagi kerdil ini. Cerita ini tak boleh diulas banyak2. nanti hati makin sakit. tambah satu lagi titik hitam.

Saya sempat menghadiri kenduri kawen kawan di Maju Junction. Tahniah buat Norlaila & Sofuan Hakiem. Dapat jumpa banyak kawan lame ms sekolah tapi saya tak faham ape yang saya rase. kalo dulu...dapat jumpe geng lame,jerit abis kecoh satu dewan sekarang keadaannya biasa je. Mungkin faktor usia kot, dah tak larat nak kinje2 satu dewan. Ape2pn saya sangat happy dapat jumpa kawan2 lama disamping menghabis duit hampir separuh 1K akibat shopping kat Sogo. Serius puas hati, harganya murah dan berbaloi2.

2) X- MRSM taiping 2001-2002. Peace!

Akhirnya kawan baik saya dari UK telepon, masih tak dapat fokus katanye. Saya pn tak tahu mcmane nak membantu dari jauh. Hanya kate2 semangat je dapat saya bagi, itupn dari seorg insan yang langsung tiada jati diri. Tapi saya harap sangat dia dapat gain semula kekuatan yang dia ada. Dr. MUSFIROH don Jani.."Gambatte ne!!!!!" kena bangga tau aku bagi ko semangat everywhere, anywhere, anytime..

Akibat tidur banyak pada hari siang (ahad), saya melelapkan mata kira2 jam 2 pagi stelah menamatkan 2 episode bleach...Mmg berhantu sungguh anime tu, rasa bermakna hari minggu yang lepas sbb saya kembali normal dan buat banyak benda hangat sepanjang minggu lepas..


3) Layan dari pukul 2pm - 2 am


Love,
SARAH LAILA



Monday, January 25, 2010

National Park

Aktiviti anak muda dhujung minggu.
  • Pegi Shopping Mall ngan kawan dan beraktiviti di sane
  • Main Play Station dan seangkatan dengannya
  • Melayari Internet (web innocence aje)
  • Ntah la..korang list sendirik
Semua bende di atas tu saya sangat suka buat tiap2 minggu ni kecuali minggu lepas..lain sedikit aktivitinya. Mungkin sebab dah bosan dgn tipikal cara hidup remaja (akhir fasa), saya telah melakukan aktiviti separa berfaedah iaitu dengan mengikuti ketua2 program ke NATIONAL PARK PAHANG (Tmn Negara, Pahang). Pemergianku itu bukan utk bersuka2 sekadar menjenguk keadaan Hutan yang diwartakan kepada tempat kerja skarang. Dari jauh saya dapat lihat signboard "Taman Negara Pahang", hati ini memberontak ingin pergi tapi apakan daya..perjalanan ke Kuala Keniam sangat lama dan kebanyakkan masa habes atas sampan bot...

1) Taman Negara dpn tu je. Situ byk Mat Salleh dan saya makan kt kedai atap merah (atas air)

Saya sgt gembira apabile sampai di jeti setelah (1jam setengah) melalui jalan berombak liku yang padat perbincangan isu2 semasa..hehe..poning kpale den, nasib driver van mantap dgn cerita menarik dan menyakitkan hati. Turun2 je jeti, kami disambut oleh pemandu bot purple lambang warna kepunyaan company, hati berdebar + gembira memikirkan perjalanan sungai selama 1jam setengah. "betul ke selama tu?", 1st thing wat is tgk jam, nk catat rekod masa naik bot sampan..

Saya tarik nafas dalam2 sbb ingin mencuba hidu bau2 sungai nyata tiada..saya HAMPA. Saya sgt suka tempat yang meninggalkan bau semulajadi yang menjadi resemble kepada tempat itu, tapi tak mengapa..ade 3 jeram yang dilalui menambat semula pintu hati utk terus menikmati jalan sungai...

Sesampai di Kula Keniam, saya tgk lame2 pakcik yg menyambut saya, sambil hati berkata "wah! hebat btol dorg leh amik masyarakat ASLI keje kat sini". setelah 30minit berehat di kawasan bekas lodge, baru saya tahu yang pakcik tu adalah warga BANGLADESH..haha.

2) Pakcik Bangla yang menarik minat..kah2.

Jalan2 dalam hutan tu, konon2nye nak cari peluang buat penyelidikan tapi.....rata2 xtau nk wat ape, anggap je la pegi JUNGLE TREKKING (500m).

3) Gambar Linda yg berlakon terjumpa Haunted House/ Reban. cube perhatikan mata horror beliau. Reban ini ditemui semasa trekking.haha. a

Balik rumah dalam pukul 5. Makan malam. Tido.

Sunday Morning Activities; Breakfast. Bace paper. Enjoy a day with Fahrin Ahmad. Wardrobe cleaning. Makan Malam. Tido.


Friday, January 22, 2010

Yume'


Yume' a.k.a dream a.k.a impian/angan2/mimpi...Cerita Jepun yang saya baru abes tgk ni adalah tentang Yume' walaupn hakikatnya jalan ceritanya sebenarnya C.I.N.T.A semata2. Tapi kat sini saya amik 'the bright side' dalam cerita tu iaitu mengejar impian. Hero watak cerita ini telah melepaskan heroinnya selama 6 bulan tanpa sebarang penggunaan alat komunikasi semata2 inginkan wanitanya mengejar mimpi yang hampir jadi reality. Saya jangkakan tempat latihan muzik Heroin itu jauh, dan sebenarnya jarak anatara mereka berdua adalah kurang dari masa game basketball habis, itu yang menyebabkan saya terperanjat dengan semangat mengejar impian org2 jepun...
1) Inilah cerita yang saya tengok..Both are eyes candy, i love it!

Masa kecil, saya ada impian.. bila cikgu sekolah rendah wat buku laporan, cita2 nk jadi ape? Saya jawab doktor, jururawat ngan guru..

Masa sekolah menengah, saya sangat suka subjek sejarah dan amat mengagumi Prof. Dr. Mazlan (perempuan), saya pasti ada yang tidak kenal malah ada yang baru teringat tentang beliau..bukan ape, dulu selalu masuk paper dan tv tapi skrang da kurang. Penyumbang kepada saya lupe apa cita2 saya dulu..Cita2 saya dulu mahu jadi arkeologi (cari bhn2 sejarah) which is mmg mengarut kalau difikir2kan semula..

Masa rehat lepas SPM.....bermulalah titik tolak dalam hidup insan bernama SARAH LAILA..akibat lama duduk depan TV dirumah, saya totally lupe impian saya...Masa belajar forecast, saya tak suka setiap saat belajar masa tu sbb ianya sangat penat dan tension sehingga saya memilih aliran sains memandangkan ianya hanya 3tahun berbanding engineering (4tahun). Dari sini saya hanya mengikut flow yang ALLAH rancangkan utk saya dan saya bersyukur utk segala yang telah berlalu...Tapi saya kecewa bile memikirkan saya langsung tidak mempunyai impian yang BESAR sejak umur 18tahun hingga sekarang~ yang ada hanya impian kecil utk meneruskan hidup supaya lebih baik.

Bunyinya macam sedih je jalan hidup saya, tapi apabila kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada...InsyaAllah, kita akan menikmati segala bittersweet of life..jadi mcm saya...

Utk generasi SARAH LAILA yang akan datang..saya pasti akan menyokong segala impian dan akan mengingat mereka untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan dan bahagia semasa menilmatinya..Amin

Tuesday, January 19, 2010

Wedding and Vacation


Bace tajuk je dah buat semua orang cakap.."normal sangat la ni..kompem nak buat sesi luahan hati..Kenapa semua kawan2 aku dah kawin tapi ak belum? " Salah..kat sini aku nak luahkan sesi perkahwinan tahun 2009 yang aku telah jelajah dari MELAKA hingga ke PERLIS..penat sungguh..tapi cuti tahun lepas agak bermakna..sebab sementara nak tunggu tarikh wedding kawan2ku bertembung..aku telah menghabiskan masa dengan kawan2 yang masih single-mingle~huuuuu...setelah sebulan barulah kehitaman kulit wajah jelas hilang."kulit jadi 2tona lebih cerah" Saksikanlah kronologi aktiviti perkahwinan dan cuti2 UTARA MALAYSIA


1) gambar ni menunjukkan journey saya takkan abes sehingga saya kawen..kah2..eh, ape akak merapu nh??

2) Singgah di Taiping utk mengimbau segala kenangan terindah. Searching for rm99/night hotel, after 2x pusing bandar. baru jumpe, SH Hotel(ye ke??)

3) Sunset di belakang motel murahan kami. Tertipu dengan orang dijeti yang telah memberikan kami bilik yang terlebih besar utk 2 wanita.


4) bukti kami dah sampai ke pulau indah untuk menggelapkan kulit yang sedia TAN.

Tu je..mesti ada yang pelik..mane bukti pegi weding?well, akibat masalah teknikal, kami sampai ke tempat kahwin rakan2 setelah azan magrib kedengaran..jadi pengantin pun dah cabut baju la..sume gambar diatas ditangkap menggunakan Sony Ericson K660i..hahhaha

Alam Allah ciptakan adalah untuk manusia hargai..bukan untuk dimusnahkan

Friday, January 15, 2010

Jujur

Saya memang tak pandai berlakon..sbb kalo kite berlakon kita jadi tak jujur, ada baik buruknye tak pandai berlakon nh..Antaranya:

1. Orang salah faham - kadang2 bile ayat kite jujur tak tentu pasal menyebabkan segelintir makhluk Allah yang tidak boleh menerima teguran terasa... Tapi yang saya pelik... "Kenapa saya fikir orang sekeliling saya terasa? Adakah itu niat jahat saya atau dendam atau saya berfikiran negatif? "

2. Orang faham perasan anda tapi masih.... di kulit muka saya mungkin ada beribu - ribu 'black head' tapi yang paling jelas kelihatan adalah rahsia hati saya..Semua perasaan saya tergambar di raut wajah saya.. saya tiada niat jahat apabila menunjukkan muka tidakpuas hati atau malas nak layan..tapi itulah jiwa saya so pada mangsa saya JANGAN TERASA tapi sebaliknya "SILA UBAH SIKAP ANDA YG SAYA TIDAK GEMARI!!"..hehhe..bunyinya macam bitch la plak...

3. Orang suka dan mudah berkawan - eceh..macam perasan la plak, tapi itu yang saya rasa..Kadang2 bila kita tidak dapat membaca fikiran kawan anda, perasaan tidak selamat itu wujud...Kenapa?? Bila si Kawan suka berahsia atau bijak selindung perasaan, anda bimbang dan tidak selesa meluahkan takot2 kalau cerita anda dicanang sesuke hati kepada kawan baik die yang lain...tapi tak baik fikir yang bukan2..apa yang PENTING..bukan kerjasama tapi PERCAYA..bile kita JUJUR orang akan PERCAYA pada kita dan itu yang akan menambahkan bilangan kawan...

4. tiba2 rasa malas nk mengarut sudah..hahha..JUJURkan..K, Bye!